V A L U E S

SEMOGA BERMANFAAT

Senin, 10 Oktober 2011

“Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita...”

“Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita...”

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan
ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
...
1. Ayahnya :
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan
anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar sholat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu
sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum? menutup aurat?
pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi
bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas dipejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak
tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu
sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya?
Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Kakak Laki-Laki
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan,
jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas. kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat...
dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi
Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya..
maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.... dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa....
karena ibu juga insan biasa...
tak lepas
dari melakukan dosa...
selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....
jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) ...........
Lihatlah....
betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja didunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/kakak atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin
dan batu-batu...”

Jadi kita tahu apa yang harus kita lakukan..

Tidak ada komentar: